[TIDAK RASMI] BN-PN berjaya bentuk kerajaan di Negeri Sembilan - Asyraf Wajdi

SEREMBAN - Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional(PN) secara tidak rasmi berjaya membentuk kerajaan di Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, kedua-dua gabungan itu berjaya membentuk kerajaan apabila memenangi di 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).